Tuesday 8 May 2012

I HATE IT


I'm not feeling well and it has been 2 days for me to feel this way. My body are aching, and I feel really weak even to perform the solat. But I'm writing this just to shout it out as I never had anyone to listen to.

I feel so miserable today. I feel sad, I feel angry and god knows what. I don't feel like working any more. I don't feel like be there anymore. The place was surrounded with hatred, disappointment and anger. I can't be there any longer. I don't even want to read the message from school. It feels irritating. Soooo irritating.........

My back is killing me, my body is shivering all day, can't hardly feel my toes. I just can't stand it anymore.

Wednesday 2 May 2012

Ke dalam, dan dalam

Semalam, balik dalam hujan. Agak lebat. Pandangan agak kabur dengan titis hujan. Sejuk. Dengan kelajuan sederhana, meredah air mata alam dari PPAS ke Seksyen 17 lewat petang itu. Menggigil.

Seusai solat maghrib, rasa sudah tiada daya. Dan pagi ini, lewat ke sekolah kerana sendi terasa dilipat-lipat. Belakang tak perlu dicerita. Seperti biasa.

Namun, kunci tetap dicapai, jalan tetap diredah. Dan akhirnya, berada di sini. Keseorangan di bilik guru, sementara yang lain ke padang di seberang jalan untuk latihan sukan. Sedikit aman.

Ada rasa terkilan, menggores di lubuk hati. Agak ke dalam, dan agak dalam. Kerana agak ke dalam, maka biasan kerutan tidak tergambar di wajah. Tetapi kerana ia agak dalam, maka pedihnya masih menyakitkan. Puncanya? Tidak dibenarkan ke fisioterapi. Dan masih tidak punya masa untuk membuat temu janji yang baru. Atau kata sisi jahat, tidak dibenarkan untuk menjalaninya, yang mana akan mengganggu tugasan.

Penawarnya? Bersangka baik. Mereka tidak faham bahawa ianya satu rawatan. Bukan helah untuk melarikan diri atau peluang untuk makan angin. Dan tanggungjawab yang dipikul lebih penting dari terapi itu. Tanpanya, hidup boleh diteruskan walau bergelut dengan kesakitan.

Pada yang memandang, mungkin mengatakan, "mengapa tidak diterangkan sahaja? Bukan boleh diambil mudah perkara ini." Memandang tapi tidak merasa. Sedang diri yang menanggung sangat faham, tubuh itu amanah. Sedang sihat itu anugerah. Apa yang boleh diterangkan? Sedang memandang wajah ini sahaja sudah menerbitkan kebencian?

Jika mereka risau, khawatir, atau mengatakan diri ini tidak peduli, maka terserah pada mereka untuk berfikir begitu. Sedang diri ini lebih sedar, bahawa dirinya bukan hanya dahan pokok tempat menggantung buaian kegembiraan, tetapi ia mahu menjadi matahari yang memancarkan sinar kehidupan.